ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 Jun 2021.

1. Sukan Olimpik Tokyo: Jun Hoong layak beraksi selepas rayuan MOM diterima

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, hari ini mengumumkan bahawa Jun Hoong sah akan menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

2. MYEG meterai LoI beli 10 juta dos vaksin Zhifei China

MYEG merupakan pemegang hak eksklusif pengedaran vaksin Zhifei China selama tiga tahun di Malaysia, dan hak pengedaran eksklusif dua tahun di Filipina.

3. Keputusan STPM 2020 pada 1 Julai

Calon-calon boleh mengakses keputusan mulai jam 12 tengah hari, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

4. Bolot Vaksin: "Saya cakap tentang durian, Duta EU cakap pasal rambutan" - Khairy

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyifatkan Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia, Michalis Rokas tidak faham berhubung kritikannya terhadap EU.

5. 'Adik Kiss' dan 'Long' tenang 'bersiar-siar atas motosikal

Hubungan akrab dengan binatang peliharaan seakan menjadi 'keistimewaan' buat Muhammad Amir Mustapa, 29, apabila ayam hutan dan kucing miliknya sentiasa 'melekat' dan senang dibawa ke mana-mana dengan menaiki motosikal.

6. Buka Parlimen: "Kenyataan Peguam Negara ibarat hina Istana Negara" - Anwar Ibrahim

Kenyataan Peguam Negara berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam proses pembukaan Parlimen, dilihat sebagai melampau dan menghina Istana Negara, dakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Varian Delta: Malaysia kaji keperluan suntikan ketiga vaksin - Khairy

Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes COVID-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster).

8. COVID-19: 5,803 kes baharu atasi jumlah pesakit sembuh 5,193

Sebanyak 5,803 lagi jangkitan baharu dicatat dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 728,462.

9. Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik

erajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, dalam masa terdekat.

10. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memanggil Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing Datuk Azhar Azizan Harun dan Tan Sri Rais Yatim, untuk menghadap di Istana Negara, Selasa ini.