ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Julai 2021.


1. COVID-19: Penduduk dakwa masih keliru SOP PKPD - Tinjauan

Berbeza dengan Selangor, penguatkuasaan di kawasan PKPD sekitar Kuala Lumpur menggunakan pemasangan kawat duri dan penghadang jalan.



2. Tiada jaminan ubah kerajaan dapat selesai masalah negara - Ilham Centre

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berpendapat, paling penting ketika ini ialah untuk menyerahkan kepada Parlimen bagi menentukan keabsahan majoriti kerajaan sedia ada.


3. Sokong kerajaan: Ahli Parlimen UMNO tidak akan ingkar keputusan PAU - Shahidan

Pengerusi Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional itu berkata, mana-mana pihak tidak boleh melangkaui keputusan PAU termasuk Majlis Tertinggi UMNO.


4. Rachmawati Soekarnoputri meninggal dunia

Anak perempuan presiden pertama Republik Indonesia Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri dilapor meninggal dunia pada Sabtu di usia 70 tahun.


5. PICK: 12 juta vaksin diterima bulan ini, tiga bulan akan datang tempoh kritikal - Khairy

Tempoh tiga bulan akan datang akan menjadi tempoh yang sangat sibuk dan kritikal dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


6. Fasa 2 PPN: PJJ boleh rentas negeri, daerah bagi kes kecemasan, keperluan khas

Kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya untuk kes kecemasan dan keperluan khas.


7. COVID-19: Kes kematian tiga angka, kes baharu 6,658

Kes harian COVID-19 masih lagi melebihi 6,000 dengan pertambahan 6,658 kes positif baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.


8. Lima negeri memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara 5 Julai ini

Dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, beliau berkata, lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.


9. Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil - Tengku Zafrul

Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara serta mencapai nilai ambang yang digariskan.

10. #BenderaPutih: 5 beranak enam bulan ikat perut terima bantuan perumahan

Hikmah di sebalik mengantung bendera putih berikutan keadaan yang mendesak, akhirnya memberi sinar baharu kepada keluarga Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42.