ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Julai 2021.

1. Ismail Sabri mula tugas Timbalan Perdana Menteri 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di Putrajaya bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. 

2. Vaksin COVID-19: 376,909 dos pada Khamis, suntikan harian tertinggi 

Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 8 Julai adalah yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu 376,909 dos.

3. Tukar perdana menteri bukan jaminan COVID-19 berakhir - Penganalisis

Dr Jeniri Amir berkata, banyak faktor lain yang menentukan jumlah kes jangkitan pandemik, terutama kehadiran varian baharu kini yang sudah di luar kawalan banyak negara.

4. Remaja menyamar doktor di PPV tidak pernah lakukan pemvaksinan

Individu yang menyamar sebagai doktor di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Kuching dan di Hospital Umum Sarawak (HUS) tidak melakukan apa-apa tugas pemvaksinan.

5. Cara biasa berpolitik sudah tak boleh pakai - Syed Saddiq

Cara berpolitik yang biasa, dengan sistem sedia ada, perlu diubah untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan wakil rakyat.

6. Agong perkenan pembukaan sidang DUN Selangor bermula 23 Ogos - MB

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang mula bersidang pada 23 Ogos hingga 6 Sept depan.

7. Polis rampas dadah bernilai lebih RM44 juta, hapus bekalan untuk 25.5 juta penagih

Polis berjaya membongkar tiga stor menyimpan dadah dengan penahanan 14 individu serta merampas 764 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM44 juta dalam 10 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada, 5 Julai lalu.

8. "Najib puncanya", Tun Mahathir nafi jadi punca perbalahan dalam UMNO

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai punca perbalahan dan perpecahan yang dilihat berlaku di dalam UMNO ketika ini.

9. COVID-19: 9,180 kes baharu, tertinggi sejak pandemik

Kes COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila 9,180 kes baharu dilaporkan hari ini, tertinggi sejak negara dilanda pandemik.

10. 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19

Seramai 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.