ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Julai 2021.
1. Kadar vaksinasi terus catat rekod, satu daripada empat rakyat sudah terima dos pertama
Satu per empat atau 25 peratus populasi negara sudah menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos, selepas jumlah pemberian vaksin melebihi 400,000 dos untuk hari kedua berturut-turut.
2. COVID-19: Malaysia beri kelulusan bersyarat untuk import, edar kit ujian kendiri
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini bersetuju memberi Kelulusan Bersyarat bagi pengimportan dan pengedaran kit ujian kendiri COVID-19 di negara ini.
3. PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai bidang kuasa sama ada untuk membatal, menamat atau menarik lesen atau kebenaran secara sewenang-wenangnya terhadap mana-mana kilang di negeri Selangor.
4. "Tak salah untuk Ahli Parlimen bagi bantuan, tapi perlu patuh SOP MKN" - Ketua Polis Johor
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya membuat permohonan pemberian bakul makanan dari rumah ke rumah dan bukannya pemberian bakul makanan secara berpusat di Pejabat Parlimen Muar.
5. Seluruh negara dijangka masuk Fasa 2 PPN awal Ogos - Ismail Sabri
Kerajaan menjangkakan peralihan Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini.
6. COVID-19: Malaysia catat jangkitan harian tertinggi 11,618 kes, 118 kematian
Pertama kali merekodkan angka melebihi 11,000 kes semalam, jumlah kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan 11,618 kes, dua hari berturut-turut kes melepasi angka 11,000.
7. Kerajaan setuju tubuh RCI siasat Lembaga Tabung Haji - TPM
Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020.
8. Bicara kes rasuah Guan Eng: RM31.269 juta dibayar melalui dua lot tanah - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini diberitahu dua bidang tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang digunakan sebagai pembayaran bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut di negeri itu sekitar 2011.
9. Kutip cukai lebih tinggi daripada syarikat untung besar ketika pandemik - Tun Mahathir
Cukai keuntungan luar biasa atau windfall tax harus diperkenalkan segera bagi meningkatkan pendapatan kerajaan dan digunakan untuk mengekang penularan COVID-19, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
10. PPN: Negeri yang telah beralih ke fasa dua tidak akan kembali ke fasa satu
Negeri yang beransur pulih daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua tidak akan 'berpatah balik' ke Fasa Satu, kata Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Julai 2021.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.