MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Julai 2021.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.
Lelaki warga Bangladesh ditahan bunuh, tanam rakan serumah
2. Gara-gara perselisihan faham, seorang lelaki warga Bangladesh sanggup membunuh rakan sekerjanya sebelum menanam mangsa di tempat tinggal mereka di tapak pembinaan sebuah rumah banglo di Taman Mutiara Galla di sini.
Tiada keperluan Tabung Haji (TH) diletak di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan menambah baik pengurusan dan operasinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengatakan beliau menyukarkan usaha pihak lain untuk masuk ke Gaza selepas misi kemanusiaannya baru-baru ini, sebagai satu fitnah besar yang melampau.
Susulan tindakan sekumpulan warga asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di perkarangan Surau Taman Pelangi, Juru baru-baru ini, Jawatankuasa Kariah Taman Pelangi telah diminta beri penjelasan.
Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka.
Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pasangan atau keluarga jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 merentas negeri bertemu keluarga.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak mudah bagi rakyat Malaysia untuk memasuki Gaza, Palestin dalam pelbagai misi bantuan terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
angkitan baharu COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila merekodkan 13,034 kes, kedua tertinggi sejak ia virus ini mula di kesan tahun lalu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat untuk bersama-sama bermuhasabah di atas ujian pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami