KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila merekodkan 13,034 kes, kedua tertinggi sejak ia virus ini mula di kesan tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan kumulatif kes COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 964,918 kes.

Kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 13,215 kes pada 15 Julai lalu. 

Kes aktif COVID-19 yang dilaporkan ketika ini adalah 142,051 kes dengan 938 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Sementara itu, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 6,049 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791) dan Negeri Sembilan (711).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan jumlah kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu adalah 134 kes dengan kumulatif kematian ketika ini adalah 7,574 kes.

Kes sembuh baharu pula adalah 8,436 dengan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh adalah 815,293. 

Berikut pecahan jangkitan baharu COVID-19 mengikut negeri hari ini:

Selangor - 6,049 (343,946)
Kuala Lumpur - 1,611 (103,537)
Johor - 791 (81,782)
Negeri Sembilan - 711 (64,795)
Kedah - 701 (35,457)
Sarawak - 644 (72,857)
Sabah - 497 (77,424)
Terengganu - 391 (13,549)
Pulau Pinang - 371 (40,489)
Melaka - 353 (26,641)
Perak - 284 (32,426).
Pahang - 261 (20,100)
Kelantan - 240 (38,533)
Putrajaya - 100 (3,217)
Labuan - 24 (9,527)
Perlis - 6 (638)