ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Ogos 2021.

1. 16 Senator mahu Dewan Negara bersidang, perbetulkan keadaan di Dewan Rakyat

16 Senator menyatakan kesediaan untuk mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen bersidang dan membahaskan Proklamasi dan Ordinan Darurat, serta perkara-perkara berkaitan.

2. Dewan Negara selamat untuk bersidang, PH kesal sidang ditangguh tak ikut peraturan

Mereka menyatakan setuju dengan titah baginda bahawa pembatalan proklamasi dan ordinan tersebut oleh pihak kerajaan - secara tidak telus, tanpa melalui kedua-dua Dewan dan tidak mendapat perkenan Agong - adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

3. Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik di media sosial

Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa atas tuduhan membuat hantaran jelik mengenai agama Islam di media sosial.

4. PN lakukan kesilapan demi kesilapan, masa untuk UMNO pergi - Shahrir Samad

Sudah tiba masanya untuk UMNO meninggalkan Perikatan Nasional (PN), selepas kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh kerajaan, kata veteran parti Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

5. MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM

Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

6. Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini.

7. COVID-19: 17,105 jangkitan baharu, 195 kematian, 12,297 kes sembuh

Jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali kepada lebih 17,000 apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

8. Pelawak terkenal ditahan kes pemerdagangan manusia

Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

9. Tun Mahathir mengaku silap sertai himpunan Ahli Parlimen pembangkang

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui melakukan kesilapan apabila turut serta dalam perhimpunan membantah penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen di Dataran Merdeka di sini, pada Isnin.

10. UMNO tarik sokongan: Pas akan adakan mesyuarat tergempar segera - Tuan Ibrahim

Pas akan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.