MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Ogos 2021.
KIRA-KIRA 45.8 peratus atau hampir 15 juta daripada populasi Malaysia sudah menerima suntikan dos pertama, setakat Rabu.
COVID-19: Ujian RTK untuk guru, murid kembali ke sekolah sedang dipertimbang
2. Kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara sedang mempertimbangkan idea untuk melaksanakan ujian saringan RTK kepada guru dan murid di sekolah, sebukanya sekolah nanti.
Ahli Parlimen Muar, Syed Syaddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram tiga tahun lalu.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberi kelulusan secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi vaksin Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection COVID-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) atau Moderna.
Kerajaan tidak akan lagi menggunakan jumlah kes harian COVID-19 sebagai penunjuk bagi membolehkan negeri dan wilayah dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bergerak ke fasa seterusnya.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri, dengan taraf Menteri.
Kerajaan akan mempertingkatkan jumlah dos vaksin COVID-19 ke negeri Johor bagi mempercepatkan kadar vaksinasi di negeri itu.
Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara melepasi paras 20,000 kes apabila 20,596 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula.
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo petang Khamis, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, individu yang bertindak sebagai caretaker kerajaan itu boleh membentuk kabinetnya sendiri bagi menjalankan tugas kerajaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami