MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/08/2021 | 15:53 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Ogos 2021.
1. Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini
Penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang berada di negeri atau daerah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya mula menikmati beberapa kelonggaran diberikan bermula hari ini.
2. Maal Hijrah: Contohi sifat terpuji, jauhi sifat tercela - Sultan Selangor
Umat Islam digesa menjauhi perkara yang membawa kepada kemungkaran termasuk sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan berita palsu.
3. Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Malaysia boleh menyaksikan pengembangan ekonomi yang lebih hebat sekiranya ia memulakan projek-projek infrastruktur mega pasca pandemik seperti kereta api berkelajuan tinggi terutama bagi tujuan pengangkutan barang yang akan memberikan pelbagai kesan ke seluruh rantaian bekalan.
4. Rezeki Siti Sarah, 300 orang solat jenazah ghaib buat Allahyarham di Masjidilharam Mekah
Pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raissuddin ke rahmahtullah pada awal pagi Isnin meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada banyak pihak.
5. Pemilihan ditangguhkan: MKT UMNO hanya 'caretaker' ketika ini - RoS
Kepemimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker (sementara) sehingga pemilihan dan mesyuarat Agung UMNO 2021 dijalankan, kata Ketua Pengarah RoS Jasri Kasim.
6. Kerajaan teliti prosedur umrah termasuk isu visa umrah dan pelancongan - Menteri Agama
Kerajaan kini dalam proses memuktamadkan prosedur menunaikan umrah bagi rakyat Malaysia dengan Kedutaan Arab Saudi.
7. Parlimen: Pegawai tugas khas timbalan menteri MOTAC meninggal dunia akibat COVID-19 - Sumber
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Jaimin Samitah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19 pada Isnin.
8. SPRM tahan Datuk Bandar kerana rasuah
Seorang Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, bagi membantu siasatan berhubung kesalahan rasuah.
9. COVID-19: Angka kembali meningkat, 19,991 kes baharu dilaporkan
Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara setakat ini ialah sebanyak 1,299,767.
10. 9 lagi kes COVID-19 dikesan termasuk satu kematian membabitkan Parlimen
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan sembilan lagi kes positif serta satu kematian akibat COVID-19 yang dikesan membabitkan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen hujung Julai lalu.
#berita pilihan #COVID-19 #KKM #PPN #UMNO #vaksin #SOP #Sultan Selangor #Parlimen #pandemik #umrah #kes positif #ekonomi