ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Ogos 2021.

1. Jangan cemar Dewan saya dengan perangai buruk - Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaannya sekarang, baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan Johor.

2. Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu

Syarikat Air Terengganu disaran menyemak semula prosedur operasi standard sedia ada untuk menangani sebarang krisis gangguan bekalan air luar jangka, seperti yang sedang berlaku ketika ini.

3. Apa sebenarnya 'endgame' yang dimahukan UMNO, soal Hamidin

Felo Penyelidik Ilham Centre mempersoalkan matlamat akhir yang cuba diperoleh UMNO dengan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika krisis pandemik sedang memuncak.

4. COVID-19: Kerajaan pertimbang wajibkan suntikan vaksin - PM

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang Oktober ini.

5. Kerajaan perpaduan mesti diterajui PH, Anwar Ibrahim calon PM - Khalid Samad

Sekiranya kerajaan perpaduan yang mahu ditubuhkan bagi mengatasi krisis politik yang dihadapi negara buat masa ini, ia mestilah diketuai oleh Pakatan Harapan (PH), kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.

6. COVID-19: Kes harian tertinggi dengan 21,668 kes baharu

Kes harian COVID-19 mencatatkan kenaikan apabila merekodkan 21,668 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

7. Buka sekolah 1 September undang risiko sistem kesihatan negara lumpuh - Mohamad Hasan

Keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September perlu dipertimbangkan semula, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

8. 1MDB belum dapat serah saman AS$3.7837 bilion kepada Jho Low, 5 individu

1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dapat menyerahkan writ saman AS$3.7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.

9. Kos urus jenazah: Maik tidak pernah keluar senarai nama pengurus jenazah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak pernah mengeluarkan senarai nama petugas atau pengurus jenazah di Unit Forensik hospital di negeri ini.

10. Kuala Lumpur bakal capai 80 peratus penduduk divaksin - Annuar Musa

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata Kuala Lumpur bakal menjadi wilayah kedua yang mencapai 80 peratus vaksinasi selepas Labuan.