ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Ogos 2021.
1. Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri berkata, senarai Kabinet itu dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini, mampu membantu negara memulihkan semula ekonomi.
2. Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal
Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip – peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.
3. Selangor kaji cadangan kurangkan cukai kepada pengusaha hotel, penginapan
Kerajaan negeri Selangor sedang mengkaji cadangan untuk mengurangkan atau menangguhkan cukai pintu, cukai tanah dan permit perniagaan.
4. Saya kecewa muka sama dilantik semula, kata Tun M
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan barisan Jemaah Kabinet baharu yang dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
5. COVID-19: Keraguan sebabkan 396 guru di Johor enggan terima vaksin - TMJ
Seramai 396 daripada 779 guru di negeri Johor membuat keputusan untuk tidak mengambil vaksin COVID-19 disebabkan memiliki keraguan.
6. MKT UMNO bermesyuarat malam ini, kali pertama disertai Naib Presiden parti sebagai Perdana Menteri
Selepas dua kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadual berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.
7. Kabinet 'kitar semula' - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghampakan rakyat kerana masih membariskan menteri dan timbalan menteri yang sering dikritik dan dianggap gagal sebelum ini.
8. Untung selepas cukai Petronas meningkat lebih 100 peratus
Petronas mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.9 bilion bagi separuh pertama 2021.
9. Anak tendang bapa kandung hingga patah tulang rusuk ditahan
Seorang lelaki yang sanggup menendang bapa sendiri hingga patah rusuk selepas ditegur kerana menconteng dinding rumah.
10. Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib
Datuk Seri Najib Razak berkata, sekiranya penilaian itu kurang memuaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menggugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian selepas berakhirnya tempoh 100 hari.