BERIKUT antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 September 2021.

1. Projek rintis Pulau Langkawi tidak boleh gagal

Program rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi tidak boleh gagal kerana pengusaha pelancongan telah mengeluarkan kos tinggi untuk memulakan perniagaan setelah lama tidak beroperasi.


2. 'Sesak nafas sampai ada yang pengsan' - Penduduk gempar bau kuat dari anak sungai Seelong

Kejadian bau busuk akibat tumpahan bahan kimia berjadual di anak sungai di Seelong, dekat sini, seakan mengulangi mimpi ngeri yang dialami penduduk sekitar Sungai Kim Kim di Pasir Gudang tidak lama dahulu.


3. Kerjasama rentas parti satu pendekatan bersejarah - Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kerjasama rentas parti yang yang telah dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September, 2021 lalu sebagai satu pendekatan yang bersejarah.

4. KKMM tawar pakej internet dan peranti Keluarga Malaysia mampu milik - Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memastikan setiap orang mempunyai akses internet pada kos yang berpatutan.


5. Ahmad Zahid tidak pernah janji projek MyEG kepada ahli perniagaan - Peguam

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid berhujah pemborong tekstil yang juga saksi pendakwaan ke-36, Junaith Asharab Md Shariff yang telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.


6. Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen

Datuk Seri Azalina Othman Said 'mengejutkan' ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan sesi petang Sidang Parlimen, di ibu negara hari ini.


7. Terengganu beralih ke Fasa 3 bermula Jumaat ini - PM

Terengganu akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


8. Untungnya lengkap divaksin, PM umum negeri Fasa 2, 3 sudah boleh bersukan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kelonggaran bagi aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal bagi sektor sosial di negeri Fasa 2 dan Fasa 3.


9. Dua maut termasuk seorang kanak-kanak dalam kejadian tanah runtuh di Penampang

Dua individu, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, di sini petang tadi.


10. CITF-A sasar 60 peratus remaja dapat satu dos vaksin COVID-19 Nov ini

Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.