KUALA LUMPUR: Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid berhujah pemborong tekstil yang juga saksi pendakwaan ke-36, Junaith Asharab Md Shariff yang telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.
"Junaith dalam keterangannya berkata ia adalah sumbangan peribadi beliau atau derma untuk tujuan keagamaan atau kebajikan, yang bertujuan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz.
Pertuduhan nombor 12 dan 13, daripada 47 pertuduhan yang dihadapi anak guam saya tidak boleh dipertahankan, kerana keterangan telah menunjukkan RM13 juta yang dikaitkan dengan pertuduhan itu adalah untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk," katanya dalam hujahan balas di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Hisyam kemudian merujuk mahkamah kepada keterangan saksi, Junaith yang menyatakan bahawa beliau (Junaith) dan adik kepada Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi pergi berjumpa Ahmad Zahid di kediamannya untuk menyerahkan cek bagi tujuan kebajikan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz itu.
"Semasa pemeriksaan balas Junaith, beliau juga telah mengesahkan bahawa 13 dan 10 cek dari dua syarikat, Mastoro Kenny dan syarikat tekstil yang diusahakannya, Berani dan Jujur Trading adalah untuk tujuan amal dan derma.
"Malah semasa pemeriksaan balas, Junaith juga mengesahkan tertuduh tidak pernah menjanjikan sebarang projek MyEG," katanya.
Hisyam seterusnya menegaskan dakwaan bahawa cek itu diberikan sebagai dorongan agar tertuduh mendapatkan projek untuk Mastoro Kenny adalah tidak berasas.
Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pihak pembelaan akan menyambung penghujahannya pada 20 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Ahmad Zahid menghadapi 47 tuduhan - 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Foto BERNAMA

'Terima kasih atas layanan berperikemanusiaan luar biasa Hamas' - Bekas tawanan
Pembebasan tawanan Hamas mendedahkan kepada dunia akhlak sebenar kumpulan pejuang Palestin itu yang cuba digambarkan sebagai kejam oleh Israel.
ERW Expo: Hasil karya wanita cekal dan hebat
Ekspo "Empowering Refugee Women” mempersembahkan hasil kerja daripada lapan gerakan wanita memperjuangkan pelarian yang bertapak di Kuala Lumpur. Saksikan pameran dan perkongsian usaha mereka dalam meningkatkan keupayaan dan memberi inspirasi kepada semua wanita. Niaga AWANI bersiaran langsung di Asia School of Business bermula jam 9.00 pagi.

Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.

Tiga beranak cemas diserang gajah
Berpantang maut sebelum ajal, tiga beranak berdepan detik mendebarkan apabila kereta dinaiki mereka diserang sekawan gajah liar di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli.
Usah putuskan China dari rantaian bekalan global - Li Qiang
Perdana Menteri China, Li Qiang membantah usaha Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah daripada memutuskan China daripada rantaian bekalan perdagangan global dan menyatakan kesediaan untuk mengeratkan kerjasama.
Sarawak tiada hasrat turunkan had umur belia kepada 30 tahun
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan ketika ini masih ada keperluan untuk mengekalkan had umur yang lebih tinggi dalam pentadbiran ataupun jawatankuasa persatuan belia bagi menguruskan aset dan kewangan.
Jumlah perdagangan Malaysia RM239.5 bilion pada Okt 2023
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perak bentang Bajet 2024 pada Jumaat ini
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Jumaat ini.
Perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.

Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.

Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.

Pakatan Nasional: Dr Mahathir tanya Ahmad Zahid ada sokongankah? - Kadir Jasin
Terdahulu, Dr Mahathir menafikan beliau mempelawa UMNO dan PAS untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.