MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 September 2021.
Ia melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan peralihan fasa yang berbeza bermula 24 September.
Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram, batal perbicaraan
2. Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam cubaan membatalkan perbicaraan kes rasuah RM1.25 bilion terhadapnya membabitkan projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan "dalam beberapa minggu lagi".
Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat berada di Bangkok dengan memegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), dedah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Sebanyak 14,554 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,171,232 kes.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.
Kerajaan Malaysia dan Singapura akan mengiktiraf sijil vaksinasi negara masing-masing bagi memudahkan pergerakan sempadan kedua-dua negara dalam tempoh terdekat.
Kerajaan mengumumkan moratorium bayaran sewa kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diteruskan sehingga akhir 2022.
Penemuan tapak arkeologi Gobeklitepe dan Karahantepe di Sanliurfa, Turki bakal membuka lembaran baharu dalam kajian prasejarah ketamadunan dan perkembangan manusia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebaik mereka dikesan mendaftar masuk ke mana-mana premis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami