Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 27, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 September 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG]: PM Ismail Sabri bentang RMK-12 hari ini
RMK-12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dan perlindungan sosial masyarakat yang merupakan penggerak ekonomi negara.
2. Sittah Annur isytihar bertaubat
Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka di sini pada Isnin.
3. Sindiket menyamar pegawai kerajaan, 1,421 kes dikesan babit lebih RM57 juta kerugian
Sebanyak 1,421 kes melibatkan sindiket yang menyamar sebagai pegawai kerajaan melalui panggilan telefon dikesan sepanjang Januari hingga 15 September lalu.
4. Dewan Rakyat: Tiada individu termasuk Abdul Azeez, disiasat kes 'curi' wang Tabung Haji
Tiada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak berhubung dakwaan 'mencuri' wang Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini.
5. Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober - Muhyiddin
Kebenaran merentas negeri dijangka akan diputuskan pada awal atau selewatnya-lewatnya pertengahan Oktober ini.
6. COVID-19: 10,959 kes baharu hari ini, terendah sejak Julai
Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan 10,959 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
7. Kampung Latah Kena Kuarantin raih kutipan lebih RM1 juta
Karya-karya tempatan yang ditayangkan di platform Astro First sudah terbukti sering mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar.
8. Video kenderaan timbalan menteri langgar peraturan jalan raya tular di media sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung video tular yang menunjukkan kenderaan timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya.
9. Tok Pa sifatkan RMK-12 pelan paling sukar dalam sejarah
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) disifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pelan paling sukar dalam sejarah susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
10. Mulai 1 Oktober seluruh Sarawak berada di Fasa Tiga PPN
Zon Selatan negeri Sarawak merangkumi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan daerah Tebedu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Okt ini.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #Astro Awani #RMK-12 #Rancangan Malaysia #COVID-19 #KKM #PPN