ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 November 2021.

1. Keluarga Malaysia diingatkan sambut Deepavali dalam norma baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Keluarga Malaysia yang beragama Hindu agar menyambut perayaan Deepavali hari ini dengan menerapkan amalan norma baharu.

2. Johor benar nikah di dewan masjid, surau mulai 7 November

Johor membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan masjid dan surau yang terpilih di negeri Johor mulai 7 November.

3. Empat individu dikurniakan gelaran Datuk Kurnia

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Yang Hormat Datuk Kurnia kepada empat individu di negeri ini berkuatkuasa 27 Oktober 2021.

4. PRN Melaka: Sama ada PN atau Pas tarik diri jika tiga penjuru, itu perlu dijelaskan - Ab Rauf

UMNO Melaka mengalu-alukan pandangan Pesuruhjaya Pas Melaka untuk tidak mengambil bahagian sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

5. 'Dia seorang yang baik hati dan rajin' - Ibu mertua sedih kehilangan menantu

Itu perasaan pilu yang terungkap dari Noraini Mustafa, 45, ibu mertua terhadap Omar Ismail, 22, mangsa pertama lemas ketika memukat ikan bersama bapa mertuanya di kawasan sawah yang di Kampung Seluang, Kubang Pasu.

6. PRN Melaka: Empat kali banjir setahun, Adly persoal ke mana pergi peruntukan negeri

Kerajaan Negeri perlu menjelaskan hasil peruntukan RM10 juta khusus untuk menaik taraf stesen pintu kawalan air (baraj) di muara Sungai Melaka, kata Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari.

7. COVID-19: 5,713 kes baharu, meningkat berbanding semalam

Malaysia merekodkan 5,713 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding Rabu (3 Nov). Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini sebanyak 2,492,343 kes.

8. Devika berkorban rai Deepavali demi Makcik Supiah

Semangat sebenar Deepavali ditunjukkan seorang suri rumah, P. Devika, 57, yang sanggup melepaskan peluang meraikan perayaan itu bersama anaknya hari ini, demi membantu seorang warga emas yang uzur dan terperangkap akibat banjir.

9. Banjir Kedah: Fenomena air pasang akibatkan banjir semakin buruk

Fenomena air pasang yang berlaku sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kota Setar dinaiki air, sekali gus menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat.

10. Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekalkan jawatan dalam Pas

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Pas ke-67.