awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Sama ada PN atau Pas tarik diri jika tiga penjuru, itu perlu dijelaskan - Ab Rauf

Fareez Azman
Fareez Azman
04/11/2021
06:08 MYT
PRN Melaka: Sama ada PN atau Pas tarik diri jika tiga penjuru, itu perlu dijelaskan - Ab Rauf
Ab Rauf berkata, pendirian Pas itu ujarnya dilihat tidak jelas terutama melibatkan gabungan Perikatan Nasional (PN). - Bernama
MASJID TANAH: UMNO Melaka mengalu-alukan pandangan Pesuruhjaya Pas Melaka untuk tidak mengambil bahagian sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, jika pendirian Pas itu diterjemahkan dalam PRN tersebut, ia akan memberi kelebihan buat kedua-dua parti itu.
"Saya mengalu-alukan dan menghargai pandangan Pas dalam PRN ini, sesungguhnya kalau Pas menterjemahkan apa yang dilontarkan dalam isu pertandingan tiga penjuru, ini adalah amat baik.
"Tapi sejauh mana dilaksanakan seharusnya ia perlu diterjemahkan dalam penamaan calon nanti.
"Sekiranya Pas ingin menyuarakan rasa kebersamaan dalam lontaran (pandangan), kalau ada tiga penjuru di mana kawasan penyandang dipertandingkan Pas akan menarik diri daripada gabungan atau pertandingan... itu terserah," jelasnya.
Tambah Ab Rauf, bagaimanapun pendirian Pas itu ujarnya dilihat tidak jelas terutama melibatkan gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Tidak guna juga dia (Pas) kata tarik diri, tapi rakan (komponen PN) dia bertanding dengan kita (UMNO), jadi kita kena tengok bagaimana terjemahan penarikan ini diberikan seterangnya penjelasan.
"Sama ada PN tarik diri atau Pas yang tarik diri, itu perlu diperjelaskan. Kita pun tak faham," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Masjid Tanah pada Khamis.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan parti itu di peringkat negeri akan cuba dalam mengelakkan pertembungan kerusi di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan.
Jelasnya secara ringkas, jika wujud pertembungan lebih daripada dua penjuru, Pas ujar Kamaruddin akan mengambil pendekatan menyokong penyandang kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#PN
#PRN Melaka
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan