ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 November 2021.
1. DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 Nov - Abang Johari
Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu pada sidang media khas jam 9 pagi tadi di Bilik Mesyuarat Utama, tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia (WBM) yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI.
2. Gelombang air pasang besar landa Kuala Kedah
Gelombang air pasang besar mula melanda daerah Kuala Kedah tengah malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan mula ditenggelami air.
3. Satu lagi syarikat sarung tangan getah Malaysia disekat Amerika
Pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) menyekat import sarung tangan getah daripada syarikat Malaysia, Smart Glove atas dakwaan amalan buruh paksa, menjadikan ia syarikat kelima disekat oleh negara itu dalam tempoh 15 bulan.
4. Kenapa ikan siakap di Langkawi dijual pada harga RM1,196 seekor? Ini penjelasan pemilik restoran...
Sejak beberapa hari lalu, kisah pelanggan yang mendakwa menjadi mangsa ‘cekik darah’ sebuah restoran di pulau peranginan Langkawi menjadi tular di media sosial.
5. Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah beralih ke Fasa 4 PPN
Empat negeri iaitu Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (8 November).
6. PRN Melaka: Calon BN tandatangani SD elak lompat parti - Mohamad
Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) bagi mengelakkan tindakan ‘lompat parti’ selepas memenangi kerusi atas tiket parti itu.
7. Nasi bungkus 'selit' RM50 bukan di Melaka - Polis
Polis Melaka mengesahkan video tular memaparkan wang kertas RM50 yang diselitkan pada setiap bekas makanan dan diagihkan kepada golongan warga emas, bukan berlaku di negeri ini.
8. Jangan terpedaya tawaran dana haji melalui telefon - TH
Orang ramai terutamanya pendeposit Tabung Haji dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.
9. Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu
Peluang bagi mendapatkan semula pingat emas yang dimiliki sebelum ini mungkin terkubur selepas jaguh Paralimpik dalam sukan lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu dalam acara Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
10. PM ikrar keluarkan Sabah dari kemiskinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikrar untuk membangunkan Sabah dan mengeluarkan negeri itu daripada kategori negeri miskin.
Astro Awani
Fri Nov 05 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 November 2021.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.