MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Disember 2021.
Barisan Nasional tidak akan menyertai pilihan raya negeri Sarawak, sebaliknya akan memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Masih berlaku pergerakan tanah - MB
2. Masih terdapat pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Zaman 'dominant party system' seperti ketika BN menguasai keseluruhan sistem politik dan kerajaan sebelum PRU14, serta parti lain sekadar pembangkang yang lemah, sudah berlalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti beberapa negara yang akan diletakkan dalam senarai ‘risiko tinggi’ susulan penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
Kerajaan memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat sejuk beku bagi tempoh tiga bulan bermula bulan ini sehingga Februari 2022 (Disember 2021 hingga Februari 2022), kata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi amaran kepada pihak pengurusan sekolah di seluruh negara untuk tidak menyembunyikan mana-mana kes COVID-19 membabitkan pelajar, guru dan staf pengurusan.
Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian Omicron COVID-19, telah menjalani ujian pemeriksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.
Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
Pas akan hanya meletakkan seorang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami