ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Disember 2021.

1. Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Lentang - JPNP

Semakan udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong. 

2. Dianggap paling bersedia hadapi bencana, mengapa Selangor gagal urus bah 18 Dis?

Segala yang ada di dalam rumah setingkat itu bersalut lumpur - peralatan elektrik dan elektronik, perkakas rumah dan perabot, malah pakaian juga bergumpal selut. 

3. Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir 

Ketika ramai pihak mencari punca yang berlaku banjir besar di Lembah Klang, timbul lagi satu dakwaan berhubung isu projek pembangunan perumahan dan projek campuran di enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur. 

4. Kertas siasatan Ebit Lew telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan melibatkan Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut, kata Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

5. Pascabanjir: Kami akan bangkit semula, kerajaan mohon bantu - Pengusaha chalet

Bah besar yang melanda seminggu lalu memberi kesan mendalam kepada pengusaha chalet dan resort Janda Baik yang rata-rata fasiliti mereka turut terjejas teruk.

6. Amaran hujan sangat lebat di 11 kawasan negeri pantai timur hingga esok

Amaran cuaca peringkat bahaya (merah) iaitu hujan sangat lebat berterusan diramal di 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Jumaat (esok).

7. Banjir: Kelantan dilanda gelombang kedua, fenomena kepala air di Lata Berangin

Kelantan kembali dilanda banjir gelombang kedua apabila 686 orang membabitkan 193 keluarga dari dua daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.

8. Polis kesan 'kingpin' dadah berada di negara Asia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang 'kingpin' atau raja dadah yang dipercayai berada di sebuah negara Asia.

9. Lima lagi insiden tanah runtuh direkodkan, keseluruhan 126

Lima lagi insiden tanah runtuh direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) hari ini menjadikan keseluruhan 126 kejadian tanah runtuh berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2021.

10. Kerajaan batal sambutan tahun baharu, gantikan solat hajat dan doa selamat - PM

Kerajaan akan menganjurkan solat hajat dan doa selamat sebagai tanda menghormati serta bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri bagi menggantikan sambutan tahun baharu 2022.