Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Disember 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Disember 2021.
Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir yang menjejaskan 73 orang penduduk manakala kesemua mangsa di empat negeri kekal setakat malam ini.
2. #KitaReset: Ayuh mula 2022 dengan semangat bangkit, bina kehidupan lebih baik
Sebagai penutup tirai tahun 2021, Astro AWANI di ambang tahun baharu, membawa anda melangkah ke tahun 2022 dengan semangat bangkit semula membina kehidupan lebih baik.
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan KKM dan MKN.
Polis telah mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan di Sungai Belat di Sri Damai di Kuantan semalam.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yakin usaha rundingan kerusi bersama UMNO mampu dicapai sekali gus bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tujuh lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) hari ini menjadikan keseluruhan 133 insiden tersebut berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 yang bermula 9 dan 10 Januari ini akan membabitkan sesi bersemuka secara penggiliran.
Kedegilan pihak pengurusan sebuah kilang di Merlimau, Jasin yang ingkar dengan arahan penutupan sementara operasi dengan bertindak mengarahkan semua pekerjanya datang bekerja seperti biasa meskipun mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi membawa padah, apabila dikompaun pihak berkuasa hari ini.
Lebih seminggu berlalu selepas bah melanda beberapa kawasan di Mentakab, Pahang dan ia beransur-ansur memberi kesan kepada emosi penduduk.
Mangsa banjir di seluruh negara boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

