awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi persekolahan penggal 3 babitkan sesi bersemuka secara penggiliran

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2021
11:34 MYT
Sesi persekolahan penggal 3 babitkan sesi bersemuka secara penggiliran
Ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah tidak perlu bimbang kerana ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 yang bermula 9 dan 10 Januari ini akan membabitkan sesi bersemuka secara penggiliran.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, bagi sekolah rendah, kumpulan murid yang perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).
Ia turut membabitkan murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) manakala murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula hadir secara penggiliran.
Kenyataan itu menjelaskan, murid MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan PPKI hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.
“Murid kelas peralihan, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara juga hadir secara bersemuka tanpa penggiliran sekiranya kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan kumpulan murid tersebut di institusi berkenaan mencapai 90 peratus atau lebih.
“Bagi sekolah berasrama sepenuhnya, murid Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6, prauniversiti, IBDP dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.
“Pengoperasian institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih kekal secara penggiliran dan senarai institusi yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus akan dikeluarkan pada setiap hari Rabu,” kenyataan itu menyebut. . Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah tidak perlu bimbang kerana ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.
Sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 sepatutnya bermula pada 2 Januari, namun ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri.
Topic Berkaitan
#sesi persekolahan
#Kementerian Pendidikan
#peperiksaan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan