ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Januari 2022.

1. [LAPOR LANGSUNG] Banjir di Johor semakin pulih, 3,872 mangsa di 56 PPS

Jumlah itu melibatkan 1,090 keluarga yang ditempatkan di 56 pusat pemindahan sementara (PPS).

2. KKM kenal pasti tiga produk kosmetik mempunyai racun berjadual

Produk berkenaan adalah dua daripada NP Beauty (FM Bream dan FB Cream) serta satu daripada As's Beauty (Night Cream).

3. Pascabanjir: Baucer Diskaun Automotif boleh didapati di 1,800 pusat servis, bengkel

Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir akan menikmati kadar potongan sekurang-kurangnya 25 peratus bagi pembelian alat ganti.

4. Kerajaan tidak diam diri, SC sedang siasat Azam Baki - Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berdiam diri berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

5. UMNO dalam dilema, kata Khaled Nordin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan bahawa parti tersebut berada dalam dilema ketika ini apabila tidak menguasai kerajaan sepenuhnya.

6. Harga ayam dan telur akan lonjak naik lebih tinggi jika tiada intervensi kerajaan - Nanta

Harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

7."Itu pandangan peribadi Abu Zahar, kami kemuka cadangan lain" - 6 Ahli LPPR

Enam Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyifatkan kenyataan yang dibuat Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Rabu lalu adalah pandangan peribadi beliau.

8. Bantuan Keluarga Malaysia 2022 beri manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima, peruntukan RM8.2 bilion

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

9. Jemaah tanpa vaksin: 'Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai?'

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi pandangan terhadap isu jemaah umrah yang menipu status suntikan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.

10. Saham Azam Baki: Bukit Aman sahkan terima laporan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham.