ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Januari 2022.

1. Sijil vaksin palsu: Perintah tahanan reman doktor dilanjut

Perintah tahanan reman ke atas seorang doktor yang disyaki menjalankan kegiatan penjualan sijil vaksinasi palsu kepada golongan antivaksin dilanjutkan selama dua hari.

2. Siasatan terhadap dakwaan salah laku Azam Baki masih terbuka - Abu Zahar

Siasatan berkaitan "alegasi salah laku" terhadap Tan Sri Azam Baki masih terbuka. Demikian tegas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri Abu Zahar Ujang, hari ini.

3. Polis kesan sekumpulan individu bergaduh berhampiran stesen Monorel Bukit Bintang

Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan berdekatan stesen Monorel Bukit Bintang yang tular baru-baru ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya.

4. COVID-19: Malaysia catat 3,175 kes baharu

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan angka terbaharu itu jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,792,035 kes.

5. COVID-19: Penduduk Taman Seri Pulai Perdana diminta jalani saringan

Penduduk Taman Sri Pulai Perdana di sini yang bergejala atau kontak rapat dengan kes positif serta pernah hadir ke Masjid Taman Sri Pulai Perdana antara 26 Disember dan 4 Januari lepas, diminta menjalani saringan COVID-19 susulan kes aktif di kawasan perumahan itu.

6. Lelaki mengaku tidak bersalah dera tujuh anak dan pukul isteri

Muhamad Faizal Abdul Kudus, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid dan Hakim, Norsalha Datuk Hamzah di Mahkamah Sesyen hari ini.

7. PKP besar-besaran tidak akan dilaksana kembali - Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, kerajaan bagaimanapun tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat ekoran penularan varian Omicron.

8. Murid akui takut guna jambatan uzur, terbayang jatuh sungai ada buaya

Pelajar sekolah rendah dari Kampung Nelayan Tengah, di sini, mengakui berasa takut untuk melalui jambatan gantung merentasi Sungai Batang di kampung berkenaan ekoran keadaannya yang daif dan sudah rosak.

9. SPRM: 'Rasuah bagaikan sudah sistematik' - Anwar

Kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak boleh dianggap remeh kerana melibatkan keseluruhan sistem dalam negara ini.

10. 219 kes positif, 16 kluster COVID-19 babit jemaah umrah

Sebanyak 16 kluster COVID-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi telah dikesan bagi tempoh 25 Nov lepas hingga hari ini dengan tujuh kluster daripadanya melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron.