MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Januari 2022.
1. Himpunan Aman: Azam Baki perlu ditangkap, siasatan bermula segera
Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki yang disokong lapan parti politik dan 17 kumpulan masyarakat sivil akan berhimpun pada Sabtu ini.
2. Kebakaran tapak lupus sampah: 10 sekolah diarah tutup sementara
Keputusan diambil selepas indeks udara di kawasan sekolah dalam lingkungan radius 10km berada pada tahap AEGL 3 iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk.
3. OKT mati dalam lokap: Tiada elemen jenayah, kematian akibat paru-paru berair - PDRM
Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.
4. "Alhamdulillah, syukur" - Reaksi Azam Baki susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menzahirkan rasa syukur atas keputusan yang dibuat Suruhanjaya Sekuriti (SC).
5. SC tidak dapat tentukan Azam Baki langgar undang-undang
Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada berlaku pelanggaran undang-undang bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
6. "Ribuan masyarakat India marahkan saya, tidak puas hati SOP Thaipusam" - Saravanan
Masyarakat India di seluruh negara meluahkan rasa tidak puas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk sambutan Hari Thaipusam kali ini.
7. 44 pelajar sekolah agama positif COVID-19
Seramai 44 orang pelajar dari asrama di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di sini, dikesan positif COVID-19 setakat semalam.
8. Polis siasat pelanggaran SOP majlis dihadiri ahli perniagaan, ahli politik
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara di sebuah majlis pelancaran produk melibatkan ahli perniagaan dan ahli politik semalam.
9. Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Seramai enam pendatang tanpa izin (PATI) ditemui lemas manakala seorang selamat dalam kejadian bot karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Pontian.
10. Pembangkang Johor tolak PRN, tawar 'Komitmen Kestabilan'
Pembangkang Johor hari ini menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sebaliknya menawarkan 'Komitmen Kestabilan' bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi.