ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Januari 2022.
1. Perhimpunan Pentas Anak Muda: 12 aktivis antara 40 individu diperiksa polis
Individu-individu itu dipercayai berhimpun kira-kira pukul 9 malam Jumaat untuk mengajak orang ramai hadir pada perhimpunan #TangkapAzamBaki.
2. Pasukan FRU tiba di LRT Bangsar, peserta mula berarak
Tiada provokasi berlaku dan para peserta dilihat berarak sambil menyanyi, memalu gendang dan bersorak.
3. Kerajaan benarkan guru, petugas Kemas berpolitik berkuat kuasa serta-merta - PM
Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling mengenai kebenaran tersebut dengan segera sekiranya masih belum ada.
4. Konflik Zii Jia-BAM: Jangan main tuding jari - Faizal Azumu
Semua pihak diminta untuk tidak menuding jari dengan menyalahkan sesiapa berhubung kemelut yang melanda antara pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
5. Tiada hasrat tangguh pemberian dos penggalak - Timbalan Menteri Kesihatan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat seperti yang disarankan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
6. PRN Johor: Tidak mahu kerajaan terus atas ihsan pembangkang, Hasni mahu mandat baharu
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak mahu Kerajaan Negeri terus bergerak atas ihsan pembangkang, seperti yang terjadi pada masa kini.
7. Sultan Johor perkenan bubar Dewan Undangan Negeri Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
8. Tun Mahathir stabil, beri respon baik kepada rawatan lanjutan - Marina Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif di Institut Jantung Negara, di ibu negara, pada Sabtu.
9. Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.
10. UMNO Kelantan putuskan hubungan dengan Pas negeri - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan antara Biro Politik UMNO Kelantan dan Dewan Harian Pas Kelantan gagal mencari kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu.
Sinar Harian
Sat Jan 22 2022

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Januari 2022.

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.