ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Januari 2022.
1. Nahas 11 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak, trafik sesak menghala ke Pantai Timur
Kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam dari Gombak.
2. [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Parti Muda sah bertanding
Jelas Syed Saddiq, Johor akan jadi medan permulaan bagi Muda, juga satu perubahan buat Johor.
3. Sinovac antara vaksin paling selamat untuk golongan pediatrik - Pharmaniaga
Golongan pediatrik perlu divaksin untuk mewujudkan perlindungan kelompok yang lebih teguh.
4. Anugerah Meletop ERA 2021 ditunda
Ekoran peningkatan jumlah kes harian COVID-19, Astro memutuskan untuk menunda penganjuran Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan esok (30 Januari) ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
5. Trafik sesak 40 kilometer di Lebuhraya KL-Karak
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan sesak sepanjang hampir 40 kilometer bermula dari Plaza Tol Gombak hingga ke Bentong sejak awal pagi tadi berikutan cuti sempena Tahun Baharu Cina.
6. 'Saya sempat dengar isteri sebut "Allahuakhbar" sebelum dirempuh' - Suami
"Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu," demikian diceritakan Mohd Nazri Hamid, 44, mengenai kejadian kemalangan yang meragut nyawa isteri serta tiga anaknya di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang petang semalam.
7. Genting Hong Kong muflis: Bank yang lulus pinjaman, bukan Menteri Kewangan, MOF atau pemegang saham
Keputusan memberikan pinjaman tanpa cagaran seperti yang dilakukan kepada Genting Hong Kong bukan ditentukan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham.
8. Maszlee dakwa pegawainya 'ditekan' SPRM
Maszlee Malik mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menekan dan melakukan intimidasi terhadap pegawai-pegawainya di Parlimen Simpang Renggam.
9. PRN Johor: Mohd Izhar umum keluar Bersatu, wakil rakyat kedua selepas Mazlan Bujang
Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
10. Zulin Aziz terima lamaran Farhan di Madinah
Rasa syukur tidak henti-henti dipanjatkan personaliti terkenal, Zulin Aziz kerana menerima lamaran daripada Farhan Norzaini ketika kedua-dua mereka berkunjung ke Madinah tahun lalu.