Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

71642522101_BTP.jpg
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Februari 2022.

1. Hampir 98,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19 

Sebanyak 97,975 atau 2.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids setakat Jumaat. 

2. Kenaikan gaji minimum boleh dorong kenaikan harga barangan - Pakar ekonomi

Kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 berkemungkinan boleh meninggalkan kesan harga iaitu harga barangan akan meningkat, kata Datuk Dr Madeline Berma.

3. PRN Johor bukan untuk bereksperimen - Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang menegaskan PRN Johor bukan seperti PRK atau pentas untuk bereksperimen, sebaliknya, ia bakal membentuk kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

4. COVID-19: KSN teliti keperluan penjawat awam bekerja dari rumah

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.

5. Ini bukan drama cinta Korea! Pelakon Crash Landing On You sah bakal berkahwin

Hasrat peminat drama Crash Landing On You, untuk melihat Hyun Bin dan Son Ye-jin menjadi pasangan kekasih akhirnya menjadi kenyataan.

6. SOP PRN Johor dimuktamad, lebih longgar berbanding PRN Melaka dan Sarawak - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual bermula 26 Februari ini.

7. COVID-19: 22,802 kes baharu direkodkan, kes kumulatif kini lebih 3 juta

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 3,019,163 kes.

8. Penulis, pelakon Jit Murad meninggal dunia

Penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu pada usia 62 tahun.

9. COVID-19: SPM 2021 tetap diteruskan, sekolah akan terus dibuka - Radzi Jidin

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan sesi persekolahan akan terus berlangsung, meskipun terdapat peningkatan dalam kes baharu COVID-19 yang direkodkan secara harian pada ketika ini.

10. COVID-19: Jumlah dirawat di ICU meningkat - Dr Noor Hisham

Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan 176 kes berbanding 155 kes pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.



Advertisement

Must Watch Video