ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Mac 2022.

1. Keputusan henti salur air kepada Pulau Pinang bidang kuasa Perak - Tuan Ibrahim

Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang dibuat atas kapasiti bidang kuasa negeri berkenaan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

2. Kerajaan tarik balik permohonan lucut hak harta hampir RM16 juta milik keluarga Abdul Azeez

Kerajaan menarik balik permohonan melucut hak wang tunai hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datin Seri Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka.

3. Muafakat Nasional belum berkubur - Tuan Ibrahim

Muafakat Nasional (MN) masih belum berkubur dan tidak ada mana-mana parti yang mengisytiharkan pembubarannya, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

4. 'Musa anugerah terindah buat kami' - Mizz Nina

Dalam perkongsian di laman instagram, Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman meluahkan rasa  syukur dengan kehadiran Musa dalam hidup mereka.

5. Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran kilang getah sintetik

Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berusia 11 tahun maut dalam kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses getah tiruan (sintetik) di Kawasan Perindustrian Bakar Arang dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

6. Banjir Kelantan ragut lima nyawa

Banjir melanda Kelantan meragut lima nyawa setakat semalam dengan terbaru membabitkan seorang pemuda kurang upaya (lembam) berusia 20 tahun.

7. KKM masih siasat punca kematian remaja - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk membuat beberapa ujian tambahan terhadap sampel tisu dalaman seorang remaja lelaki N. Revnesh Kumar yang didakwa meninggal dunia selepas divaksin pada 16 Januari lalu.

8. Rakyat Malaysia tanpa slip gaji, kini lebih mudah buat pinjaman perumahan - PM

Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

9. Pihak berkuasa di Lembah Klang siap siaga hadapi banjir kilat

Pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang kini siap siaga dengan logistik dan tenaga kerja untuk digerakkan sekiranya berlaku banjir kilat.

10. Pengetua, guru besar mengadu sikap segelintir ibu bapa enggan benar anak divaksin

Sesi penerangan secara saintifik dengan menggunakan data Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diperbanyak oleh pihak berwajib bagi menangani isu vaksinasi dalam kalangan murid sekolah dan ibu bapa.