ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.


1. Kepentingan awam perlu diutamakan dalam pemberian pengampunan - Shamrahayu

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menegaskan bahawa pengampunan tidak boleh dipengaruhi perbezaan darjat supaya undang-undang tidak dilihat sebagai tidak adil oleh rakyat.



2. KPM digesa kaji dakwaan guru besar 'turun pangkat' apabila sandang gred DG52

Kesatuan Guru Kebangsaan Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula dakwaan bahawa guru besar sebagai pentadbir di sekolah rendah yang menyandang gred DG52 akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.


3. Kerajaan tubuh Pusat SDG Negara - PM

Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara bagi memperkasa dan mempergiat program-program serta memantau kemajuan SDG negara.


4. Perbicaraan 1MDB: Had dua kad kredit Najib RM3 juta - Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua kad kredit dengan had gabungan berjumlah RM3 juta.


5. Pemenjaraan Najib tak akan bersihkan UMNO - Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pemenjaraan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membersihkan UMNO.


6. Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak boleh menerima sumbangan wang atau barangan berharga mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


7. U-Wei berucap, umum pemenang dalam Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow

Pengarah filem tersohor, U-Wei Saari memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow dengan meyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu.


8. Elaun penjawat awam di luar negara dinaikkan - PM

Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2023.


9. Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok antara peserta Gegar Vaganza musim baharu

Bermula 18 September ini, program hiburan popular, Gegar Vaganza terbitan Astro bakal kembali bersiaran dengan menampilkan 12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan masyhur bersaing merebut kedudukan.


10. SRC International: Najib fail semakan, mohon hukuman ditangguh, dibebaskan

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.