ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Mac 2022.

1. Isu beg sekolah berat: KPM laksana 7 inisiatif utama

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon turut mengakui isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.


2. Tengku Zafrul masih Menteri Kewangan, harap tidak bangkit lagi isu ini - Shahar

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan, tegas Timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat hari ini.


3. Kerajaan sasar defisit fiskal lebih rendah, 6 peratus KDNK

Kerajaan mensasarkan defisit fiskal lebih rendah pada paras enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini.


4. Label tiga pemimpin Pas 'jahanam' keterlaluan - Tuan Ibrahim

Kenyataan perwakilan UMNO Kelantan yang mendakwa tiga pemimpin Pas sebagai ‘jahanam’ pada pentas Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) baru-baru ini bersifat dangkal.


5. Murid 11 tahun dibelasah hingga maut hanya kerana RM4

Seorang penghuni sebuah rumah anak yatim maut dibelasah rakannya di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di sini, semalam.


6. Catat prestasi terburuk FY22, saham Sapura Energy kini dinilai di bawah 1 sen

Penarafan saham dan harga sasaran (TP) Sapura Energy Bhd. disemak turun susulan kemelut kewangan yang dihadapi syarikat minyak dan gas itu yang dilihat sukar kembali pulih.


7. Sultan Nazrin seru pilihan raya adil dan bebas

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil bagi menjamin kesuburan amalan demokrasi.


8. Anwar Ibrahim dijangkiti COVID-19, jalani kuarantin kendiri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 hari ini.


9. Tahniah! Alvin Wee, anak kelahiran Sarawak pertama menang anugerah di pentas Hollywood

"IA satu persaingan yang sengit..." Demikian luah penerbit dan pemuzik, Alvin Wee selepas menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengondol kemenangan dalam Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di pentas Hollywood.

10. KKM lulus vaksin Convidecia sebagai dos penggalak heterologous

Dos penggalak heterologous merujuk kepada vaksin penggalak yang diberikan dengan vaksin yang berbeza daripada vaksin yang diberikan sebelum ini, kata SGB dalam satu kenyataan.