awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 April 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 April 2022.
1. KLIA terima penerbangan antarabangsa pertama
Pesawat Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi menjadi pesawat pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena pembukaan sempadan negara secara rasmi hari ini.
2. Pengeluaran khas KWSP: Mohon hari ini, dapat 20 April 2022
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula membuka permohonan pengeluaran khas hari ini sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
3. Remaja dituduh bunuh rakan asrama kerana RM4
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan bagi menghadapi tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 20 Mac lepas.
4. Saifuddin Nasution tawar diri tanding Timbalan Presiden PKR
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR nanti.
5. "Saya tak tahu nak kata apa" - Mahathir dakwa Muhyiddin minta sokongan untuk kembali jadi PM
Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongan dari pihak yang pernah dikhianati sebelum ini.
6. Malaysia, Indonesia meterai MoU pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia
Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka Jakarta.
7. Saman AS$1.18 bilion: Mahkamah Tinggi arah Najib fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman AS$1.18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri itu.
8. "Ahli nasyid juga manusia biasa" - Raihan mohon jangan cepat jatuh hukum pada Yasin
Menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu.
9. Kebenaran 'rapat saf', jemaah bersyukur suasana di masjid, surau kembali seperti dahulu
Ketika kemeriahan di pintu masuk sempadan negara jelas tergambar dengan banyak perkongsian di media sosial sejak tengah malam tadi, suasana di masjid dan surau juga tidak kurang menyentuh hati umat Islam yang menunaikan solat Jumaat hari ini.
10. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#Berita Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan