ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 April 2022.

1. Negeri Sembilan, Melaka, Perlis catat skor tinggi bandar Bahagia

Kesemua daerahnya mendapat skor melebihi 80 peratus dalam Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.

2. Masjid Kristal dibuka semula untuk aktiviti ibadah dan pelancongan

Kerja-kerja pembaikan Masjid Kristal yang bermula pada 2018 telah pun siap dengan perbelanjaan sebanyak RM700,000.

3. Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa

Bahasa Melayu yang mempunyai kira-kira 300 juta penutur, turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.

4. Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong disahkan positif COVID-19, alami gejala ringan

ang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agung, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif COVID-19.

5. Dua kilang proses makanan diarah tutup kotor dengan najis tikus, lipas

Kilang memproses produk berasaskan kacang soya dan kilang memproses mee dan kuetiau telah diarah tutup selama dua minggu kerana kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapatnya najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor.

6. Senarai hitam warga asing diaktifkan semula - Hamzah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengaktifkan semula rekod individu yang disenarai hitam daripada memasuki negara ini susulan pembukaan sempadan sepenuhnya bermula 1 April.

7. Warga emas dihanyut arus ditemui lemas di Cameron Highlands

Warga emas yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian banjir kilat pada Selasa lalu di Kampung Sungai Ubi, di sini ditemui lemas pagi tadi.

8. Lori tangki petrol terbabas, pemandu warga emas maut

Pemandu lori tangki yang membawa muatan perol maut dalam kemalangan di Kampung Runchang, Jalan Kuantan-Muadzam, dekat sini, hari ini.

9. Tumpahan gam: Penduduk dinasihat tidak gunakan air Sungai Bariawa dan Pegalan

Penduduk dinasihatkan tidak menggunakan air dari Sungai Bariawa dan Sungai Pegalan di sini susulan kejadian tumpahan gam akibat kemalangan membabitkan sebuah lori treler yang membawa muatan gam di Simpang Bariawa

10. Pertemuan dengan Tun Mahathir untuk rintis kerjasama dalam PRU15 - Muhyiddin

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pertemuan beliau dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sebahagian daripada inisiatif untuk merintis hubungan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).