Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 April 2022.

1. Kementerian, agensi wajar rujuk JAKIM untuk tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah

Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang dihasilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dilihat menekankan aspek tadbir urus yang holistik dan mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

2. PasLeaks: 'Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak' - PM Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas lanjut mengenai dokumen yang didakwa mengandungi percaturan Pas untuk mencampuri urusan kehakiman.

3. Radhi OAG mengaku tidak bersalah tuduhan cederakan bekas isteri

Vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Selasa lalu.

4. Tarikh lihat anak bulan Syawal 1 Mei

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

5. PasLeak: "Hanya loyar buruk layan surat layang fitnah parti" - Abdul Hadi Awang

Pas enggan melayan melayan isu PasLeak yang disifatkan sebagai surat layang semata-mata untuk memfitnah parti itu.

6. Mengejutkan! Hutan Malaysia hampir seluas Singapura didakwa akan dimusnahkan

Pendedahan itu dibuat oleh kumpulan alam sekitar Rimba Disclosure Project (RDP) dalam satu pengumpulan data pada tahun 2021, dalam usaha untuk memantau aktiviti berkaitan penebangan hutan di Semenanjung Malaysia.

7. Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 30 Mei

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pada akhir kes pendakwaan.

8. Kos haji tahun ini naik RM2,500 bagi seorang jemaah

Kadar baharu yang diumumkan oleh TH itu menyaksikan peningkatan RM1,000 kepada golongan B40 dan kenaikan RM3,000 pula bagi kategori bukan B40.

9. Tahanan Imigresen lolos: Dua daripada empat dalang utama sudah ditahan - KP Kedah

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, penahanan dua lelaki berusia 34 dan 30 tahun itu dibuat di kawasan pencarian sekitar depot tahanan berkenaan.

10. Lebih banyak SOP akan dilonggarkan dalam masa terdekat - Khairy
 
Kementerian Kesihatan memberi bayangan akan melonggarkan lebih banyak prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan dalam masa terdekat.





Advertisement

Must Watch Video