ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Julai 2022.

1. GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC sebagai Ahli Lembaga Pengarah - PM Ismail Sabri

Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan.


2. Geran tahunan RM4 juta kepada MTUC, laksana program kesedaran, latihan

Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.


3. Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican

Malaysia melihat tiga perkara penting hasil penyertaan negara pada World Urban Forum ke-11 (WUF11) atau Forum Bandar Dunia ke-11, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


4. 'Mana ada kem, satu kem saja dalam UMNO' - Ismail Sabri nafi dakwaan parti berpecah

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud dua kem dalam UMNO, sebaliknya, beliau menegaskan, parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.


5. PRU15: Dasar UMNO, BN jelas sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri - Mohamad Hasan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.


6. Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.


7. Danial Zaini sah bergelar suami kepada Yasmine, beri wang hantaran RM17,777.77

Tanggal 2 Julai 2022 menjadi tarikh bermakna buat pelawak Danial Zaini, 29, selepas sah menjadi suami kepada pilihan hatinya Yasmine Umira Yahya, pada pagi Sabtu.


8. Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan

Kerajaan Selangor masih dalam peringkat penelitian dan perbincangan termasuk pilihan merobohkan Stadium Shah Alam sebagai langkah penjimatan jangka masa panjang.


9. Muhyiddin bincang dengan PM berkaitan lantikan TPM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.


10. Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik terkandas, cabaran Malaysia berakhir

Cabaran pasukan tuan rumah di saingan Petronas Terbuka Malaysia berakhir pada malam ini, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir.