ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Oktober 2022.


1. PM selesai menghadap Agong, adakah Parlimen bubar dalam tempoh 48 jam ini?

Difahamkan, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H Bersamaan 2022, pagi Ahad.


2. Agong, Permaisuri berangkat ke London untuk lawatan khas

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke London, United Kingdom (UK) bagi mengadakan lawatan khas bermula Isnin hingga 16 Oktober depan.

3.Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis

Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

4. Agong titah agensi terlibat, rakyat siap siaga hadapi kemungkinan banjir besar

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pihak agar bersiap sedia dan memperkemas diri bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir berskala besar pada November ini seperti mana diramal Jabatan Meteorologi.

5. Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul

Menteri Kewangan mengesahkan kesemua enam syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian penyediaan akses perkhidmatan 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB).

6. Tangguh bubar Parlimen: Tidak timbul isu keabsahan kerajaan - Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa kuasa untuk membubarkan Dewan Rakyat adalah antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

7. Banjir kilat di Kuala Pilah, PPS dibuka

Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka di Kuala Pilah susulan banjir kilat yang melanda dua kawasan kampung di daerah itu, petang tadi.

8. Bayi 12 bulan lemas, sembilan selamat nahas bot karam di Kota Belud

Perjalanan pulang 10 sekeluarga selepas bertemu dengan ahli keluarga di Pulau Mantanani, Kota Belud bertukar tragedi apabila bot yang dinaiki mereka karam di tengah laut.

9. Ramalan Tun Mahathir UMNO akan menang PRU15 bukan mengejutkan - Ahmad Zahid

Bukan perkara baharu lawan UMNO membantah keras PRU15 diadakan, malah sejak parti itu meminta ia diadakan selepas proklamasi darurat tamat tahun lalu.

10. Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia sahkan kelayakan, belasah Indonesia 5-1

SKUAD B-17 negara mengesahkan kelayakan ke Kejohanan Bola Sepak Piala Asia B-17 2023 dengan cukup bergaya selepas membelasah Indonesia 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Pakansari, Bogor sebentar tadi.