ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Oktober 2022.
1. Nasib Nafuzi dalam TFC diketahui dua minggu lagi
Masa depan Nafuzi sama ada kekal mengendali skuad Penyu atau sebaliknya akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd.
2. Kerja-kerja selenggara eskalator, lif LRT, MRT, Monorel sedang giat dijalankan
Kerja-kerja pembaikan eskalator dan lif ini adalah tertakluk kepada penghantaran dan penerimaan alat ganti daripada pihak pembekal di luar negara.
3. PRU15: Perubahan kawasan, Bersih tuntut SPR beri penjelasan
Bersih telah menerima beberapa aduan daripada orang ramai bahawa kawasan DUN dan Parlimen untuk mengundi telah diubah.
4. Dua patah kaki lif kondominium terjatuh dari tingkat lapan
Dua termasuk seorang wanita patah kaki manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, jatuh dari tingkat lapan.
5. Pelumba drag maut, perlumbaan dihentikan serta-merta
Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat sini dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.
6. PRU15: Kerajaan Pulau Pinang akur keputusan tak bubar DUN - Ketua Menteri
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi tumpuan penuh kepada proses pengundian di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak dibubarkan.
7. Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan tindakannya menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018 kerana ia dibuat atas nasihat pegawai dilantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
8. PRU15: Pastikan 'kerusi pengkhianat' tiada satu pun selamat - Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jentera PH memastikan semua 'pengkhianat parti' itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
9. Didakwa tinggalkan Bersatu dan sertai Warisan, Wetrom Bahanda buat sidang media minggu depan
Ketika dihubungi Astro AWANI, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau itu hanya meminta semua pihak bersabar.
10. Wanita rentung dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang wanita maut manakala empat lagi selamat dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, Kulai, Johor pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Oct 15 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Oktober 2022.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.