ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Oktober 2022.
1. Ibu Azalina meninggal dunia
Datin Salamah Sheikh Ahmad menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).
2. Lawatan negara: Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada kira-kira 10.50 pagi.
3. Tiada rakaman video libat Najib dalam premis penjara
Hasil semakan mendapati video tersebut telah dirakam lebih awal oleh RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.
4. PRU15: GTA mahu majukan orang Melayu seperti UMNO dahulu lakukan - Tun M
Gerakan Tanah Air memberi komitmen untuk mengatasi kemiskinan yang dilihat telah melemahkan ekonomi Melayu sehingga tanah air ini terjual.
5. PRU15: "Cakap kosong, tabur janji palsu dengan alasan debat bukan cara saya" - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bercakap kosong dan menabur janji palsu dengan menggunakan alasan 'debat' seperti mana dilakukan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukanlah cara beliau.
6. Banjir: Hampir 70,000 sedia dikerah hadapi banjir - PM Ismail Sabri
Seramai 69,235 anggota keselamatan dan penyelamat di seluruh negara sedia dikerahkan untuk menghadapi bencana banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
7. Lapan remaja didakwa rogol seorang remaja perempuan
Tertuduh enam remaja yang berusia 15 tahun itu mengaku bersalah manakala dua lagi berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.
8. Platform WhatsApp tergendala di seluruh dunia? Kini pulih seperti sedia kala
Aplikasi sistem pesanan ringkas, WhatsApp telah kembali pulih seperti sedia kala sekitar jam 4.45 petang, Selasa.
9. Buku Tommy Thomas: Langkah berdiam diri pimpinan PH dipersoal
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan pimpinan PH yang berdiam diri atas pendedahan tersebut adalah sesuatu yang menghairankan.
10. Apandi ada asas untuk disiasat, tetapi kenapa belum ada tindakan? - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa sehingga kini belum ada tindakan diambil terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.