ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 November 2022.

1. PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar

Ahli politik tidak sepatutnya takut untuk mengisytiharkan harta mereka sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.

2. PRU15: Ini sebabnya ahli politik didakwa di mahkamah tak patut bertanding

Seseorang ahli politik yang sudah didakwa di mahkamah atas apa sahaja kesalahan tidak sepatutnya bertanding dalam pilihan raya, kata peguam bela dan peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin.

3. PRU15: Politik dinasti semakin ketara

Bilangan calon yang mempunyai pertalian keluarga begitu signifikan dalam 'DNA' Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila sekurang-kurangnya tujuh keluarga didapati bertanding merebut kerusi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

4. PRU15: BN lancar manifesto esok, garis 10 teras, 99 tawaran

Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan esok.

5. PRU15: Demi wasiat ibu, maafkan saya - Ustaz Kazim

Ustaz Kazim, memohon maaf kepada pengundi dan penyokong Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

6. PRU15: Sebagai reformis, tindakan Tian Chua tidak bijak - Anwar

Sebagai seorang reformis parti, tindakan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang memilih bertanding atas tiket Bebas dan melawan calon parti sendiri di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak bijak.

7. Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor bermula Selasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 8 sehingga 11 Nov ini.

8. PRU15: Bidang kuasa SPR untuk hentikan PRU15 sekiranya banjir besar - Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan untuk menghentikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berlaku banjir besar, tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

9. PRU15: BN nak menang untuk jadikan Zahid Perdana Menteri - Tun Mahathir

Gerakan Tanah Air (GTA) akan berusaha menggagalkan niat Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas 19 November ini.

10. PRU15: Kalau PN menang, kita teliti KWSP bersasar - Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan meneliti pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar jika parti itu mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).