ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 November 2022.


1. PRU15: Hanya tinggal janji Ismail sebagai PM - Tun M

Itu yang digambarkan Calon Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kepada janji pemilihan Perdana Menteri oleh Barisan Nasional (BN).



2. Gangguan perkhidmatan LRT, Prasarana masih cuba kenal pasti punca

Gangguan tersebut yang mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik.


3. PRU15: Selepas 10 tahun, mana Jambatan Pulau Bum Bum?

Jambatan sepanjang 1.4 kilometer (km) yang menghubungkan pulau terbesar di Semporna itu dengan tanah besar belum juga nampak 'bayangnya'.


4. PRU15: Hukum mengundi wajib, bukan sunat, bukan juga harus - Abdul Hadi

Semua rakyat beragama Islam dinasihatkan agar keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ia merupakan satu kewajipan, bukan sunat dan bukan harus.


5. PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum negeri.


6. 'Bila saya patah balik, ayah dah meninggal dunia' - Cakra Khan

Penyanyi Indonesia Cakra Khan mengakui dia pernah melalui titik terendah dalam hidup ketika negara dilanda pandemik COVID-19 di mana ayahnya meninggal dunia pada 21 Ogos 2020.


7. PRU15: Negeri Sembilan umum cuti sehari sebelum hari pengundian

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti sehari sebelum hari pengundian bagi menggalakkan rakyat negeri itu keluar menunaikan tanggungjawab mereka.


8. LRT tergendala: 'Lakukan sesuatu yang bermaruah, letak jawatan' - Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak pihak bertanggungjawab supaya meletakkan jawatan, berikutan gangguan membabitkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).


9. PRU15: 'Khairy layak jadi PM di masa depan' - Ismail Sabri

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilihat sememangnya seorang individu yang layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini pada suatu masa nanti.


10. PRU15: [LAPORAN KHAS] 'Kami terputus hubungan dengan dunia luar sejak dahulu' - Orang Asli Berdut

Di Kuala Krau, Temerloh, Pahang, misalnya, Astro AWANI mendekati masyarakat Orang Asli Kampung Berdut yang berdepan dengan masalah tersendiri - mereka sudah sekian lama terputus hubungan dengan dunia luar kerana tiada akses telekomunikasi.