awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
IHP Malaysia turun 1.8 peratus pada November 2025 - Jabatan Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 November 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 November 2022.
1. Sabah tidak tuntut jawatan TPM - Hajiji
Kerajaan Sabah menyerahkan kepada pucuk pimpinan Persekutuan bagi menentukan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Sabah atau sebaliknya.
2. PRU15: Calon PH DUN Tioman sedia beri laluan kepada BN
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Mohd Fadzli Mohd Ramly, bersedia memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Johari Hussain jika diarahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
3. Pasca PRU15: Pas tidak akan sertai Kerajaan Persekutuan
Pas membuat keputusan hari ini tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan, demi menghormati kepercayaan dan mandat yang diamanahkan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.
4. 4,000 penyokong JDT bakal gamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini
Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor, malam ini.
5. PH Johor mohon wakil rakyatnya jadi ahli JTPD
Pakatan Harapan (PH) Johor memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan wakil rakyat daripada parti itu, terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).
6. Kerajaan pimpinan Anwar bukan Kerajaan Perpaduan, tapi Kerajaan PH - Dominic Lau
Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu ‘Kerajaan Perpaduan’, tetapi ia lebih tepat ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan Pakatan Harapan,’ kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
7. Pasca PRU15: Surat daripada Tun...
Perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap diteruskan walaupun perjuangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA) ditolak majoriti rakyat.
8. Cuepacs minta kerajaan perpaduan kekalkan semua inisiatif diumum sebelum ini
Cuepacs menyeru agar kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.
9. Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
10. Pasca PRU15: Ismail Sabri, Ka Siong nafi wujud pertemuan tertutup
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong masing-masing menafikan terdapat pertemuan tertutup melibatkan pemimpin BN dan Pas di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#berita utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan