ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Disember 2022.

1. PM digesa tolak tuntutan Dong Zong

Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

2. Mohamad Ezam Timbalan Pengerusi PRM yang baharu

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) apabila Tan Chow Kang telah meletak jawatan pada 11 Disember.

3. Wan Rosdy umum senarai Exco Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas 12 hari mereka mengangkat sumpah jawatan membentuk kerajaan campuran.

4. Tiada kenaikan tarif elektrik untuk rakyat - PM Anwar

erajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5. Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa hasil siasatannya mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan sendiri cek bernilai RM1 juta kepada Tan Sri Shahrir Ab Samad pada 2013.

6. Dakwaan simpan gambar dan video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah

Seorang lelaki yang pernah dikenali dengan jolokan 'ikon pemotoran', Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas tuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya.

7. Kenderaan elektrik harga bawah RM100,000 akan dibawa masuk - Nik Nazmi

Kerajaan bercadang untuk membawa masuk kenderaan elektrik (EV) di bawah harga RM100,000 bagi memastikan bukan hanya golongan berpendapatan tinggi mampu menggunakan kenderaan tersebut.

8. YDP Agong enggan terima gaji sejak negara dilanda COVID-19 - Anwar 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah enggan menerima gaji dari kerajaan persekutuan, sejak negara dilanda masalah ekonomi akibat COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. 4 negeri disenarai titik panas banjir - Kor Ming

Empat negeri iaitu Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor disenarai sebagai lokasi titik panas banjir di Semenanjung yang mungkin berlaku bila-bila masa sepanjang Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

10. Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional

Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).