ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Januari 2023.

1. Anwar kenal pasti 'kebocoran' RM3 bilion ke RM4 bilion kepada parti, tokoh politik

Kerajaan boleh menjimatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran seumpama itu jika ada kerjasama terutama di kementerian penting itu.

2. Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok

Had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer perjam (km/j) berkuat kuasa pada 18 hingga 27 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

3. APAD, Grab diminta bincang isu penurunan kadar tambang

Kementerian Pengangkutan meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapat laporan penuh daripada Grab Malaysia susulan penurunan kadar tambang per kilometer bagi rakan penghantar.

4. PRN: Kemenangan parti komponen Kerajaan Perpaduan penting demi kestabilan

Menurut Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming, DAP bersedia untuk melakukan perbincangan dengan semua parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk Barisan Nasional (BN) dalam usaha memenangi enam PRN terbabit.

5. Cantik sampai menangis, enak teringat-ingat.. Ayda Jebat buat apa di Taiwan?

Sebagai duta pelancongan mesra Muslim, Salam Taiwan, Ayda Jebat mahu menggunakan pengaruhnya untuk mengajak rakyat Malaysia menikmati percutian di Taiwan.

6. Hutang negara cecah RM1.2 trilion - Anwar

Penjawat awam diingatkan agar tidak leka memandangkan hutang negara kini telah mencecah RM1.2 trilion, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Siti Bainun menangis, semua peguam tarik diri

Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

8. PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura akhir bulan ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Singapura akhir bulan ini, manakala Presiden Singapura, Halimah Yacob akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada Mac.

9. Kekurangan bekalan telur semakin pulih - Mohamad Sabu

Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

10. Zahid beri bayangan Khairuddin akan terlibat dalam penubuhan Majlis Ulama UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bekas pemimpin Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali akan terlibat dalam penubuhan Majlis Ulama UMNO.