ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Januari 2023.
1. Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 5,528 berlindung di 58 PPS
Situasi banjir di Johor menunjukkan peningkatan dengan 5,528 mangsa banjir daripada 1,536 keluarga yang ditempatkan di 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah negeri ini, setakat jam 12 tengah hari.
2. Ahli perniagaan didakwa kemuka tuntutan palsu Insentif Penjana bernilai RM1.12 juta
Tertuduh, Mohd Eszahar Mansor, 38, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah, sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
3. Kemuka tuntutan palsu lebih RM400,000, tiga pengarah syarikat direman tiga hari
Tiga pengarah syarikat direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pembelian kertas pencetak haba bernilai lebih RM400,000.
4. Himpunan bantah bakar Al-Quran: Pas agak terlewat, namun ia bukan satu masalah- Anwar
Ia berikutan katanya, kerajaan telah membuat kenyataan tegas berhubung tindakan itu.
5. Dakwaan beli undi: Pas serah kepada siasatan SPRM - Mohd Amar
Pas menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk menjalankan siasatan isu tular video pemberian wang kepada pengundi.
6. Khairy tolak pelawaan PN, masih setia bersama UMNO
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan masih setia bersama UMNO dan menolak pelawaan Pas untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) meskipun nasibnya dalam UMNO belum diketahui sehingga kini.
7. Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.
8. Bantuan Bernas: Kerajaan terima sumbangan RM50 juta akhir bulan ini - Mohamad Sabu
Bantuan berkenaan akan mula diagihkan kepada 219,402 pesawah di seluruh negara selewatnya pada awal Mac menerusi bantuan khas berbentuk tunai sebanyak RM250.
9. Ahli sabotaj UMNO: Langkah 'pembersihan' besar-besaran esok - Ahmad Zahid
Ia merupakan sebahagian daripada langkah pembersihan besar-besaran di dalam parti itu seperti diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang lalu.
10. Mahkamah Luxembourg benar permohonan Malaysia ketepi perintah penahanan 'waris' kumpulan Sulu
Mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu pada Selasa lepas (24 Jan).
Astro Awani
Thu Jan 26 2023

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Januari 2023.

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Februari 2023.