ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Januari 2023.

1. 'Benarlah Malaysia negara kleptokrasi, negara pencuri' - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dilihat menempelak Datuk Seri Najib Razak yang dakwanya meruntuhkan akhlak orang Melayu.

2. KKM buka jawatan tetap Pegawai Pergigian, Farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017 

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, permohonan itu boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Januari hingga 12 Februari ini.

3. Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli

KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia terutamanya yang telah tamat pengajian persekolahan susulan Undi18.

4. 'Pembersihan' besar-besaran?, Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan malam ini, bakal menjadi tumpuan berikutan keputusan penyingkiran beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tindakan sabotaj dan mengkritik kepemimpinan parti itu akan dibuat.

5. Tidak pernah pijak atau tendang perut Bella - Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak pernah memijak atau menendang perut Bella semasa remaja sindrom Down itu berada dalam jagaannya di Rumah Bonda.

6. Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank

Bekas pengurus perhubungan AmBank mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau gagal dalam mengendalikan akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak apabila tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low berhubung akaun bank bekas perdana menteri. 

7. Banjir Johor: Jangkaan mangsa meningkat, 4 lagi PPS akan dibuka di Mersing

Empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Mersing, bagi menampung jumlah mangsa yang dijangka meningkat pada minggu hadapan.

8. Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial - Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahukan supaya budaya memberikan amaran terhadap guru yang mengkritik di media sosial, dihentikan segera.

9. KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn malam tadi yang turut membabitkan beberapa nama besar yang lain, menurut Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

10. 'Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang. Unbowed, unbent, unbroken' - Khairy

"Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang yang saya berikan kesetiaan."
Itu reaksi bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atas pemecatan keahlian UMNO beliau pada Jumaat.