ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Februari 2023.
1. Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran yang membabitkan kerugian RM508,261 di seluruh negara.
2. Pengurangan peruntukan sukarkan penyaluran bantuan ke kawasan pedalaman - Nanta
Keputusan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen akan menyukarkan penyaluran bantuan dan urus tadbir bagi kawasan di pedalaman, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
3. Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Kerajaan meluluskan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP), yang akan melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan serantau.
4. Zii Jia perlu diselamatkan - Pakar psikologi
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia disaran untuk mendapatkan khidmat jurulatih dengan segera bagi mengembalikan semula prestasi ke tahap sebenar.
5. KKM akui berlaku kesesakan di Jabatan Kecemasan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui berlaku kesesakan di sebuah Jabatan Kecemasan di hospital kuaternari. Tanpa mendedahkan hospital berkenaan, Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, ia dikesan selepas pegawai-pegawai kementeriannya melakukan lawatan di jabatan tersebut pada minggu lalu.
6. Kabinet bayangan PN tidak cukup sifat dan 'separuh masak' - Penganalisis politik
Kabinet bayangan oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan wakil kaum bukan Melayu, ujar Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
7. 'Mana mungkin agama pertahankan salah guna kuasa, rasuah' - Anwar
Tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak mungkin mana-mana agama digunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi Islam yang sememangnya tegas menentang kesalahan itu.
8. Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiganya memaklumkan memilih menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
9. Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempertahankan keputusan melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya dalam bidang ekonomi dan kewangan.
10. 2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Astro Awani
Mon Feb 06 2023

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Februari 2023.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023) [INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016231/8967789641680091877905_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mac 2023.