Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mac 2023.
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua kepada Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyerahkan notis tuntutan permohonan maaf terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
2. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Penjawat awam yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.
Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Puteri Sarah yang mengakui penat dengan kemelut yang melanda rumah tangganya tetap dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai.
Sumber telah mendedahkan kesemua wang termasuk aset tersebut dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai.
Datuk Mohd Kazim Elias berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu dalam keadaan cacamarba, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kira-kira 30 peratus pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar berkemungkinan melibatkan pelajar daripada keluarga B40, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

