Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 26, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.
1. Jadual PM padat, Kerajaan Arab Saudi minta lanjut lawatan namun terpaksa ditolak
Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana Anwar mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.
2. Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing
Tangkapan telah dibuat dan penahanan reman dibenarkan sehingga 28 Mac ini.
3. Polis tahan empat individu cetus pergaduhan di Semenyih
Kesemua suspek yang berumur 28 hingga 41 tahun itu kini direman sehingga Isnin.
4. PMO diminta beri penjelasan pencapaian lawatan Anwar di Arab Saudi
Menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, apa yang menjadi kepentingan adalah penjelasan mengenai pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah tersebut.
5. Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Kesemua mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis mengenai kes terbabit.
6. Tidak salah umat Islam lawat rumah ibadat lain selagi tidak sertai upacara agama - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa umat Islam dibenarkan melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka.
7. Pelajar 14 tahun bayar zakat perniagaan RM10,000
Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.
8. Zahid sah Noraini dilantik Pengerusi Risda, pertahan pelantikan Asyraf Wajdi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Risda.
9. Hakim Danish raih kedudukan ketiga di Portimao
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli nyata berada dalam kelas tersendiri, selepas membuka tirai kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023 dengan meraih kedudukan ketiga dalam Perlumbaan 2 di Portugal.
10. Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.
#berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI