ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 April 2023.


1. FSA 2 KWSP: Lebih 74,392 permohonan diterima, hanya 34,643 layak

Sebanyak 74,392 permohonan diterima di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja setakat Jumaat, dengan 34,643 daripadanya adalah permohonan yang layak, dengan jumlah RM722 juta. 


2. Jualan Madani Syawal di 113 outlet mulai hari ini, harga 30 peratus lebih rendah

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan membuka Jualan Syawal Madani di 113 outlet pemasaran FAMA seluruh negara bermula hari ini.

3. Lebih 3 juta kenderaan dijangka guna KLK, LPT1 sempena Aidilfitri - ANIH

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, ANIH Berhad menjangkakan lebih tiga juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

4. PM Jepun Fumio Kishida terselamat insiden letupan bom asap, suspek ditahan

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan ketua kerajaan yang lain terselamat dalam insiden letupan yang berlaku ketika Kishida sedang bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan awam di bandar Wakayama.

5. Usah bimbang, bekalan cukup menjelang Aidilfitri - Salahuddin

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri.

6. Pemandu buat pusingan U sebabkan nahas dua remaja maut ditahan, treler dirampas

Polis berjaya menahan pemandu treler yang membuat pusingan U sehingga menyebabkan dua remaja perempuan maut dalam nahas, di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

7. Cuaca panas, kebakaran tanah gambut antara punca jerebu

Cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini dan aktiviti ekonomi yang kembali beroperasi selepas COVID-19 turut menjadi penyumbang kepada keadaan itu.

8. Pembantu rumah Permaisuri Selangor peluk Islam

Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.

9. COVID-19: Varian baharu Arcturus lebih berbahaya?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengawasi subvarian baharu COVID-19 digelar Arcturus selepas ia mencetuskan lonjakan kes di India, baru-baru ini.

10. Runtuhan di Tasik Kenyir: Kerajaan Persekutuan akan beri perhatian segera - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian segera terhadap masalah runtuhan tanah di sekitar Tasik Kenyir demi keselamatan rakyat Terengganu.