ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 April 2023.


1. Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi

Kali terakhir runtuhan berlaku pada jam 10 malam dan mengenai kawasan pagar Institut Intergriti Malaysia (IIM).


2. Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia, Malaysia lonjak 15 anak tangga

Ini merupakan peningkatan ketara daripada kedudukan 41 pada 2018 dan 32 pada 2016.

3. KKM arah tarik balik mi segera ada Ethylene Oxide

KKM juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk mi segera keluaran negara Indonesia ke negara ini.

4. Profesor wanita Melayu pertama, Fatimah Hamid Don meninggal dunia

Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini.

5. Petisyen pilihan raya Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan

Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri M. Ramasamy memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan rayanya untuk mencabar keputusan kerusi Parlimen Segamat semasa pilihan raya umum ke-15 ( PRU15) pada November tahun lepas.

6. Tanah runtuh Bukit Tunku: Kebocoran paip bawah tanah disah punca runtuhan

Kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) disahkan berpunca daripada kebocoran paip air bawah tanah.

7. Tragedi Double Six: Sabah Air beroperasi tanpa kelulusan - Laporan Australia

Sabah Air, syarikat pengendali pesawat Nomad N-22B yang terhempas dalam tragedi Double Six pada 6 Jun 1975 didapati beroperasi secara tidak sah, menurut laporan tribunal Australia.

8. PRN: PH guna lagu rap ajak pengundi tukar kerajaan Kelantan

Pakatan Harapan (PH) menggunakan pendekatan lagu konsep rap sebagai salah satu alternatif tarikan bagi mengajak pengundi untuk tukar kepimpinan dalam kerajaan Kelantan.

9. Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul anggota polis bertugas Op Selamat

Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.

10. Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani gelojoh - Takiyuddin

Perikatan Nasional (PN) menyifatkan hasrat kerajaan pusat mengadakan siri Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri tidak lama lagi sebagai sesuatu yang keterlaluan dan gelojoh.